Skip to content

Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Johor Fasa 3

Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Johor Fasa 3 : DUN Pasir Raja telah berlangsung pada 6 Mac 2026 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dihadiri oleh YB Puan Hajah Rashidah binti Ismail yang merupakan ADUN Pasir Raja. Turut hadir sama pada majlis ini ialah Encik Azman bin Safii (KPPD Kota Tinggi), Puan Aili Airin Bin Ahmad Taljidin (Penolong PPD, Sektor Pembangunan Murid, PPD Kulai), Cikgu Faerzeli bin Che Mat Mustafa (Pengetua Cemerlang SMK Tun Habab) dan Cikgu Dr. Johar bin Bunimin (Pengetua SMK Laksamana).

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Bacaan doa oleh Saudara Aydil Irfan bin Hairullizam (Pengeruji MPP Tingkatan 6) dan seterusnya ucapan ringkas dan padat daripada YB Puan Hajah Rashidah. Penyampaian wang Bantuan Kasih Fasa 3 epada wakil pelajar Tingkatan 6 SMk Tun Habab dan SMk Laksamana dan diikuti dengan bantuan kasih kepada anak yatim, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan bagi DUN Pasir Raja.