Skip to content

Bengkel Dron Pintar : Eksplorasi Teknologi DJI Neo 2

Pada 26 Februari 2026 telah berlangsung Bengkel Dron Pintar : Eksplorasi DJI Neo 2 Dalam STEM, AI dan Robotik di Dewan Seri Tun Habab. Bengkel yang dianjurkan ini menjemput TC Wan Hasyidan bin Wan Hussein dari ADTEC Jabatan Tenaga Manusia, Mersing untuk berkongsi pengalaman dan kepakan untuk mengendalikan pelbagai jenis dron. Beberapa buah sekolah turut menghadiri bengkel ini iaitu SK Felcra Sungai Ara, SK Bandar, SK Seri Saujana, SK Kampong Layau dan 20 peserta SMK Tun Habab.

Peserta diberi peluang untuk mengendalikan pelbagai jenis dron dan aksesori yang lain.