Skip to content

Vape : Kita Lawan Bukan Kawan

Ceramah Vape : KIta Lawan Bukan Kawan telah diadakan pada 13 Februari 2026 di Dewan Seri Tun Habab. Unit Hal Ehwal Murid (HEM) yang diketuai oleh PK HEM, Cikgu Norzianah binti Ngadiman telah menjemput Tuan Haji Muhamad Naqib bin Ghazali (COO UKM Specialist Center) untuk menyampaikan ceramah ini.  Sesi ceramah dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu aluan daripada pengetuan SMK Tun Habab, Encik Farzeli bin Che Mat Mustafa. YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadek turut sama berada di majlis ini bersama-sama anggot PIBG yang lain. Dr.Haji Muhammad Naqib bin. Md. Ghazali menerangkan tentang keburukan tabiat menghisap vape dan kesannya pada tubuh kanak-kanak dan remaja. Semoga dengan penerangan ini, pelajar-pelajar tidak lagi terlibat dengan aktiviti menghisap vape