Skip to content

Bengkel Digital Fotografi dan Videografi

Pada 10 dan 11 Februari 2026, Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah menganjurkan bengkel digital fotografi dan videografi di Bilik Technolab, SMK Tun Habab. Pada bengkel tersebut pelajar dibimbing untuk mengurus segala aktiviti yang berkaitan dengan urusan mengambil gambar dan merakam video. Program ini menjemput Cikgu Khairul Anuar bin Hasan untuk berkongsi pengalaman dan teknik mengambil gambar dan video serta membuat penyuntingan.

Terima kasih kepada Cikgu Rafidah binti Mustafa kerana telah menganjurkan bengkel dan semoga dapat memberikan manfaat kepada semua peserta.