Mesyuarat pertama guru-guru telah diadakan sebagai langkah awal menyelaras perancangan dan hala tuju sekolah bagi sesi persekolahan baharu. Mesyuarat ini bertujuan memastikan pengurusan akademik, sahsiah murid dan pelaksanaan program sekolah dapat berjalan dengan teratur dan berkesan.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mhod Shukri. Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha, pengetua SMK Tun Habab. Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan taklimat daripada PK Pentadbiran, Cikgu Saidin bin Rahmad, Cikgu Norzianah binti Ngadiman (PK Hal Ehwal Murid) dan kewangan oleh Puan Siti Katijah binti Abdul Basir dan Ainul Balqis Hastuty binti Azizan.Â
Akhir sekali, taklimat kokurikulum dan pengurusan Tingkatan 6 oleh Cikgu Nursyuhada binti Abdul Muin (PK Kokurikulum) dan Cikgu Saharudin bin Hj. Abdullah (PK Tingkatan 6). Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2,30 petang.
Tahniah dan terima kasih cikgu!
