Skip to content

Majlis Send Off Cikgu Norihan

Majlis Send Off Cikgu Norihan binti Harun telah berlangsung pada 5 Disember 2025. Majlis dimulakan dengan pertemuan dengan semua pelajar di Musollah Al Habib. Kemudian diikuti dengan mengiringi Cikgu Norihan untuk punch out di pejabat SMK Tun Habab. Semua barisan guru dan AKP beratur untuk memberikan lambaian yang terakhir kepada Cikgu Norihan yang akan mula bersara pada 7 Disember 2025. 

Sepanjang 30 tahun berkhidmat bermula tahun 1995, Cikgu Norihan sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan gelaran ustazah menjadikan beliau sangat rapat dengan anak-anak murid daripada sesi pagi dan petang.

Tahniah Cikgu Norihan kerana berjaya melepasi garisan sebagai penjawat awam.Â