Skip to content

Majlis Ramah Mesra SMK Tun Habab dan WP 6 RRD

Majlis Ramah Mesra SMK Tun Habab dan WP 6 RRD telah berlangsung di Galeri Wisma Perwira pada 4 Disember 2025 bersempena dengan Perkhemahan PBB SMK Tun Habab yang telah diadakan pada 3 hingga 5 Disember 2025.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di antara guru dan pegawai 6 RRD. Jutaan terima kasih kepada para pegawai yang sentiasa memberikan kerjasama untuk membimbing anak-anak SMK Tun Habab dalam pelbagai aktiviti lasak seperti menembak, perkhemahan, kawad kaki, aktiviti halangan dan lain-lain lagi.