Skip to content

Intervensi Pelajar Semester 3 STPM 2025

Program Intervensi untuk pelajar Semester 3 STPM 2025 telah berlangsung pada 26 November 2025 di Dewan un Sri Lanang. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini bertujuan untuk membangkit semangat calon STPM 2025 untuk membuat yang terbaik baki peperiksaan Semester 3, Ulangan 1 dan Ulangan 2 yang bakal dihadapi bermula 20 Januari 2026 sehingga 26 Februari 2026 di Dewan Seri Tun Habab dan Dewan Pusat Tingkatan 6.

Dalam program ini, Cikgu Siti Khadijah binti Omar telah menayangkan beberapa slaid gambar Majlis Konvokesyen beberapa buat universiti untuk dijadikan cetusan agar mereka juga bakal berada di situ suatu hari nanti.

Â