Sesi ramah mesra Ketua Penolong Pengarah Unit Mmenengah dan Tingkatan 6, Encik Anuar bin Jaafar telah berlangsung pada 19 November 2025 di Pusat Tingkatan 6 (PTE) SMK Tun Habab.
Semua guru dan pelajar Tingkatan 6 bersama-sama meraikan kehadiran beliau dengan diiringi oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Saharudin bin Abdullah.
Mjalis didahului dengan ucapan doa dan ucapan alu-aluan daripada tuan pengetua. Encik Anuar bin Jaafar turut menyampaikan sedikit ucapan ringkas dan penghargaan kepada semua guru akademik Tingkatan 6 dan motivasi kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Semester 3 STPM 2025, Semester 1 STPM 2026, Ulangan 1 dan 2 STPM 2025 pada bulan 21 Januari 2026 hingga 26 Februari 2026.
