Bengkel IoT with RSP32 telah berlangsung pada 13 November 2025 di Ruang Daya Cipta Kota Tinggi. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia dengan kerjasama Jazro Academic bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital di kalangan pelajar.
IoT atau Internet of Things adalah peranti atau peralatan yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar atau peranti yang lain menerusi Internet dan teknologi awan. Setiap pelajar diberikan peluang untuk memprogramkan aturcara mudah menggunakan aplikasi dan kit RSP32. Â
Usai bengkel IoT ini, semua pelajar dan guru diberikan sijil kemahiran. Semoga ilmu dan kemahiran ini dapat digunakan pada masa akan datang.
