Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Nor Akmal bin Salleh kerana telah menerima surat lantikan sebagai penolong pegawai pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.
Semoga Cikgu Akmal dapat meneruskan kecemerlangan di PPD Kota Tinggi. Terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan di SMK Tun Habab terutamanya menonjolkan bakat pelajar dalam inovasi STEM dari peringkat daerah hingga ke pentas antarabangsa.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
