Skip to content

Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah bermula pada 3 November 2025. Peperiksaan Ujian Lisan Bahasa Melayu bermula pada 3 hingga 6 November 2025. Manakala Peperiksaan Ujian Lisan Bahasa Inggeris akan berlangsung pada 10 hingga 13 November 2025

Warga SMK Tun Habab mendoakan agar semua calon SPM boleh bertutur dengan baik dengan jawapan yang betul.

“Selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Lisan SPM. Teruskan usaha dengan penuh kesungguhan, yakinlah pada diri sendiri dan jangan lupa berdoa serta bertawakal kepada Allah setelah berusaha. Anggaplah ujian lisan ini ini sebagai peluang untuk membuktikan kemampuan dan ketabahan diri. Ingatlah, kejayaan bukan sahaja diukur pada keputusan semata-mata, tetapi juga pada usaha gigih, keikhlasan dan doa yang mengiringinya. Semoga anda semua diberikan ketenangan, kelancaran serta kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.”