Tahniah kepada pasukan SMK Tun Habab kerana telah menduduki tempat kedua pada Pertandingan Cabaran Rekabentuk Jambatan yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Pontian. Pertandingan ini terbuka untuk semua kolej matrikulasi dan sekolah di Malaysia.
Rekaan jambatan SMK Tun Habab berjaya menampung hingga 11kg beban yang diberikan tewas dengan rekaan pasukan dari SMK Teluk Kerang yang berjaya menampung beban sebanyak 16kg.
Tahniah dan terima kasih kepada pasukan 6S1 Al Biruni dan guru pembimbingnya.
