
Majlis Sedetik Bersama Selamanya Terasa telah berlangsung pada 30 September 2025 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis persaraan Cikgu Norzita binti Yunos turut sama dihadiri oleh rakan-rakan guru yang telah bersara yang bersama-sama pernah berkhidmat di SMK Tun Habab. Beliau telah memulakan karier sebagai guru bermula pada tahun 1998 hingga 2025. Beliau telah bersara dengan jawatan akhirnya sebagai PK Kokurikulum yang bermula pada tahun 2017 di SMK Tun Habab. Kecemerlangan kokurikulum membolehkan SMK Tun Habab menerima pelbagai anugerah sepanjang beliau menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di sini.
Semoga Cikgu Norzita terus dikurniakan kesihatan yang baik dan tiba masanya untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
“Jasamu akan sentiasa dikenang.”