Skip to content

Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 telah diadakan pada 3 September 2025. Semua pelajar sesi petang terlibat dengan perbarisan mengikut rumah sukan masing-masing. Pelajar berkumpul di Dataran Suria SMK Tun Habab dan bergerak ke dataran (berhadapan dengan SK Bandar) untuk acara perbarisan. 

Setiap rumah sukan mempamerkan perbarisan yang bertemakan Malaysia Madani : Rakyat Disantuni dengan pakaian yang menggambarkan pelbagai kaum di Malaysia dan membuat persembahan masing-masing.

Tahniah kepada semua guru dan pelajar sesi petang kerana memberikan kerjasama yang baik semasa menjayakan perbarisan Hari Kebangsaan 2025.Â