Pada 1 – 4 September 2025 berlangsungnya Festival Lakon Layar Sekolah Malaysia bertempat di Negeri Perlis Indera Kayangan dengan mempertaruhkan kategori Teater Purbawara, Filem Pendek SM dan Filem Pendek SR. Pasukan Teater Edupro JPNJ telah menghantar 14 orang murid daripada pelbagai daerah untuk pertandingan teater kali ini. Dua orang murid daripada SMK Tun Habab antara yang terpilih bersama dalam pasukan teater kali ini dan sekaligus membantu kejuaraan bagi Negeri Johor. Murid yang terlibat ialah Qaid Irwan Ahmadinejad bin Mohd Rashid daripada 3 Ibnu Khaldun dan juga Nurfirzanah Zahirah binti Mohd Faizal daripada 3 Al Biruni. Manakala Cikgu Nurashikin Ishak pula bertindak sebagai guru pengiring sekaligus Penolong Pengarah dan penulis skrip adaptasi bagi Teater Pendok Bertatah Rakta ini.
Pasukan Johor mengungguli dengan membawa balik beberapa anugerah utama seperti Johan Teater Purbawara, Pengarah Terbaik, Skrip Adaptasi Terbaik, Pelakon Perempuan Terbaik dan juga Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik.
Tahniah diucapkan kepada semua yang menyokong secara langsung dan tidak langsung.
Ditulis oleh
Cikgu Nurashikin binti Ishak