Skip to content

Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6

Pada 8 September 2025 telah berlangsung PIlihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) di Dewan Pusat Tingkatan 6 (PTE) SMK Tun Habab. Semua pelajar Tingkatan 6 akan memilih wakil yang boleh membantu memberikan khidmat mulai sesi 2025/2026. 

Jawatan yang dipertandingkan ialah Yand DiPertua, Naib Yang Dipertua (PUTERA), Naib Yang DiPertua (PUTERI), Setiausaha dan Bendahari. Pilihan raya ini diuruskan oleh MPPT6 Sesi 2024/2025 dengan dipantau oleg guru yang bertugas.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan ucapan calon Yang DiPertua MPPT6 dan pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Seterusnya proses pilihan raya mengikut kelas masing-masing.

Tahniah kepada semua pelajar kerana telah menunaikan hak mereka untuk memilih pemimpin.