Skip to content

SMK Tun Habab Johan Bola Jaring Tingkatan 6

Pada 28 Ogos 2025 telah berlamgsung Pertandingan Bola Jaring Tingkatan Daerah Kota Tinggi di Dewan JKR Kota Tinggi.  Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Kokurikulum Tingkatan 6 Kota Tinggi. 

SMK Tun Habab telah berjaya mengekalkan kejuaraan apabila berjaya menewaskan pasukan dari SMK Bandar Mas dengan jaringan 12 – 10. Manakala pasukan SMK Laksamana menduduki tempat ketiga apabila berjaya menewaskan pasukan dari SMKA Bandar Penawar.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru pembimbing, Cikgu Rohana binti Mohamad Pa’an@Tayen, Cikgu Siti Zaharah binti Nasarath, Cikgu Rahmazaniza binti Md. Amin, Cikgu Anum binti Mahat dan Puan Dang Anum (Jurulatih Pasukan Tingkatan 6).

Terima kasih kepada Cikgu Norzita binti Yunos kerana turut sama membimbing pasukan bola jaring dan penganjuran Pertandingan Bola Jaring Tingkatan 6 buat kali yang terakhir kerana beliau bakal bersara pada bulan Oktober 2025.