Tahniah kepada Siti Aisyah binti Salleh kerana telah diumumkan sebagai naib johan Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Johor di SMK Taman Kluang Barat pada 25 Ogos 2025 yang lalu.
Beliau terpilih mewakili daerah Kota Tinggi apabila dinobatkan sebagai johan pidato peringkat daerah Kota Tinggi.
Tahniah diucapkan kepada guru pembimbingnya, Cikgu Hafizah binti A. Aziz dan Cikgu Dorina Anak Tulis. Siti Aisyah juga bakal mewakili negeri Johor pada pertandingan pidato peringkat kebangsaan pada bulan Oktober yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
