Nur Iman Syahindah Terpilih Ke MSSM

Tahniah diucapkan kepada Nur Iman Syahindah binti Mohd Azam (5 Al Khindi) kerana memenangi pingat gangsa bagi acara individu, tempat ke-5 bagi acara beregu dan tempat ke-5 bagi acara Master di Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan sekolah Negeri Johor (MSSJ) yang berlangsung di Daiman Bowl, Johor Bahru pada 13 hingga 15 Mei 2025.
Beliau juga mendapat tempat ke-4 bagi All Event Nur Iman Syahindah layak mewakili negeri Johor ke MSSM.

Terima kasih doa daripada semua. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada jurulatih Boling Tenpin, Cikgu Mawar Asmah Husna binti Jasimin.