Majlis Bacaan Ikrar Belia Malaysia

Majlis Bacaan Ikrar Belia Malaysia telah diadakan pada 15 Mei 2025 di Dewan Seri Tun Habab. Bacaan Ikrar diketuai oleh saudara Al Nazirul Muizz bin Bokhari (Pengerusi Majlis Pwerwakilan pelajar Tingkatan 6 SMK Tun Habab) dengan diikuti oleh para pelajar. Terdahulu majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan bacaan doa dan ucapan rasmi oleh Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Seterusnya montaj Hari Belia yang disedialan oleh pelajar Tingkatan 6, saudara Muhammad Nazirul Amin bin Zakaria.