Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-sekolah Negeri Johor

Pada 6 hingga 8 Mei 2025, dua orang pelajar SMk Tun Habab yang terdiri daripada Muhammad Aizat bin Abdullah (4 Biruni) dan Nurul Alya Syafiah bt Mohd Hazri (4 Biruni) telah mewakili daerah Kota Tinggi dalam Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-sekolah KPM Negeri Johor yang berlangsung di Pusat Latihan FELCRA, Tebing Tinggi, Segamat.

Pelbagai aktiviti telah diserta oleh peserta sepanjang 3 hari dua malam. Setiap peserta akan dinilai untuk mewakili negeri Johor dan Muhammad Aizat bin Abdullah terpilih mewakili kontinjen Johor ke peringkat kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 hingga 23 Jun 2025.

Tahniah diucapkan kepada peserta dan guru pembimbing, Ustazah Nurhidayah binti Amdan.