Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang

Pada 21 April 2025 telah berlangsung Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang di Dewan Pusat Tingkatan 6, SMk Tun Habab. Majlis dirasmikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha melalui pemakaian lencana Jalur gemilang kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. 

Majlis yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid diketuai oleh Cikgu Norzianah binti Ngadiman (PK HEM) turut dihadiri olth YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek.

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam mjalis ini.