Jom Baca Bersama
Program Jom Baca Bersama 10 minit telah diadakan pada 23 April 2025 pada jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Guru Penyelaras Media, Cikgu Rafidah binti Mustafa berkata program ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan para pelajar mengamalkan budaya membaca tanpa mengira masa. Moga budaya membaca ini akan berterusan kerana Membaca Adalah Jambatan Ilmu.
