bodrum escort

Majlis Graduasi dan Apresiasi STPM 2024

Majlis Graduasi dan Apresiasi STPM 2024 telah berlangsung pada 27 Februari 2025 di Hotel dan Resort KSL, Johor Bahru. Majlis Graduasi dan Apresiasi bertujuan untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar STPM 2024 yang bakal menamatkan sesi persekolahan pada 13 Mac 2025.

YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadek telah dijemput untuk merasmikan majlis yang gilang gemilang ini dan menyampaikan cenderamata kepada semua calon STPM 2024. Majlis Graduasi dan Apresiasi kali ini adalah merupakan majlis graduasi yang terakhir buat Cikgu Harun bin Othman dan Cikgu Husna binti Abd. Hadi yang bakal bersara pada 21 Mac 2025. 

Tahniah kepada semua pelajar STPM 2024 dan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus melaksanakan majlis ini.