Skip to content

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah telah berlangsung pada 29 Ogos 2024 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis berjalan dengan lancar mengikut tentatif berikut :

7.30 pagi

  • Semua pelajar dan guru berkumpul di dewan.
  • Nyanyian lagu : Bangsa Johor, Negaraku dan Lagu Anak Suria
  • Bacaan Doa
  • Ikrar Rukun Negara
  • Amanat Hari Kebangsaan oleh Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha Pengetua
  • Nyanyian 3 buah lagu patriotik
  • Bersurai

Usai sambutan Hari Kebangsaan, pelajar meneruskan sesi pembelajaran. Manakala pelajar tingkatan 3 dan 4 terlibat dengan pertandingan nyanyian lagu patriotik yang dianjurkan oleh panitia Sejarah.