SMK Tun Habab Naib Johan GISPRO

Tahniah kepada pasukan yang mewakili dalam Pertandingan Innovation Science Project  (GISPRO) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 23 hingga 25 Jun 2024 di SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan. Dua buah pasukan dari SMK Tun Habab telah terpilih untuk mewakili negeri Johor iaitu pasukan Waste Cooking Oil (WCO)  Reverse Vending Machine yang diwakili oleh Auni Khairina bin Jahairi (4 Al Alusi), Amaniy binti Anwar (4 Al Biruni), Nur Amirah binti Muhammad Sahid (4 Al Biruni) dan Mohamad Najmi bin Mohd Sazali (4 Ar Razi) mendapat tempat kedua. Mereka tewas dengan SMKA Bandar Penawar.

Manakala pasukan yang mereka Satay Pit pula menduduki tempat keempat yang diwakili oleh Airil bin Harrison Rizal, Airis binti Harrison Rizal dan Auni Insyirah binti Mohd Azil (2 Al Alusi).

Tahniah kepada guru pembimbing yang terdiri dari Cikgu Mohd Nor Akmal bin Salleh, Cikgu Mawar Asmah Husna binti Jasimin dan Cikgu NUru Armalyna binti Abd. Aziz.

 

Copyright Themes © 2022