Majlis Perpisahan Cik Nur Ira Syakila

Majlis perpisahan Cik Nur Ira binti Mohd Saim telah diadakan pada 13 Jun 2024 di Dewan Tun Sri Lanang. Cik Nur Ira Syakila mula bertugas di SMK Tun Habab pada tahun 2022 dan kemudian berpindah ke Batu Pahat mulai 18 Jun 2024. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada tuan pengetua, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan ucapan perpisahan daripada yang dirai, Cik Nur Ira Syakila. Seterusnya diselitkan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Boling Tenpin peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab. Penyampaian hadiah dan jamuan makan menutup tirai perpisahan pada kali ini.

Semoga beliau akan terus cemerlang dan dedikasi atas tugas yang diberikan kelak.

#Kredit kepada Cikgu Nadi atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022