Pasukan SMK Tun Habab Berjaya Ke Peringkat Akhir

Tahniah kepada dua buah pasukan SMK Tun Habab yang mara ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Dua buah pasukan tersebut ialah pasukan Bertiga dan Glorious Green Innovators membawa nama besar SMK Tun Habab bagi kategori Inovasi Hijau Fizik dan Kejuruteraan.

Mereka akan turut bersaing dengan Kolej Tunku Kurshiah, SMK Taman Mutiara Rini 2 dan SMKA Bandar Penawar bagi kategori yang sama. Semoga kedua-dua pasukan berjaya mendapat tempat yang terbaik pada 26 Jun 2024 nanti.

#Kredit kepada Cikgu Nurul Armalyna atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022