Majlis Graduasi SPM 2023

Majlis Graduasi SPM 2023 telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 6 Jun 2024. Majlis Graduasi ini telah dirasmikan oleh Encik Noor Azam bin Yusoff yang merupakan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Kota Tinggi. 

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk tetamu jemputan, nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Seterusnya bacaan doa dna ucapan alu-aluan daripada pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Encik Noor Azam dijemput untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi SPM 2023.  Penyampaian hadiah didahului dengan anugerah kokurikulum, anugerah sijil dan anugerah pelajar terbaik SPM 2023.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan sesi fotografi. 

Tahniah diucapkan semua guru dan pelajar yang telah menaikkan nama sekolah dengan pencapaian lulus penuh 100% dan GPS 3.11. Kekal di tempat ketiga bagi daerah Kota Tinggi. 

Copyright Themes © 2022