Kolaborasi Amali Sains Pembedahan Tikus STPM 2024

Program Kolaborasi Amali Sains bagi mata pelajaran Fizik dan Biologi telah diadakan pada 6 Jun 2024. Kolaborasi amali sains ini adalah kerjasama SMkKTun Habab dan SMK Laksamana. Bagi mata pelajaran Biologi, sesi amali pembedahan tikus diadakan di Makmal Biologi SMK Laksamana manakala amali elektrik bagi mata pelajaran Fizik pula dilaksanakan di Makmal Fizik SMK Tun Habab. 

Semoga kolaborasi ini dapat memberikan impak yang positif kepada keputusan STPM 2024 dengan lebih cemerlang. Tahniah kepada Unit Fizik dan Biologi dibawah seliaan Cikgu Normala binti Jeinaen dan Cikgu Siti Zaharah binti Nasarath.

#Kredit kepada Cikgu Normala dan Cikgu Siti Zaharah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022