Kediaman Keluarga Pelajar Terbakar

Takziah kepada keluarga pelajar SMK Tun Habab, Madihah binti Saidon apabila rumah mereka terbakar baru-baru ini. Pada ketika kejadian, mereka sekeluarga tiada di rumah. Menurut Madihah, kebakaran berlaku dengan sangat cepat. Semua peralatan rumah hangus terbakar termasuk buku-buku teks dan rujukannya serta folio SPM telah terbakar pada kejadian 26 Mei 2024 itu. Walaubagaimanapun bomba berjaya memadam kebakaran sebelum api merebak ke kediaman yang lain.  Punca kebakaran adalah daripada litar pintas yang bermula di bilik abangnya dan menyambar di bilik-bilik lain. Kerugian belum ditafsirkan.

YB Norlizah binti Noh, ADUN Johor Lama, YB Muszaide binti Makmor (ADUN Sedeli), pengetua Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadek  hadir melawat tempat kejadian. Turut hadir pada hari kejadian ialah wakil Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin (Ahli Parlimen Kota Tinggi)  untuk melihat rumah mangsa kebakaran dengan lebih dekat lagi. Mereka telah menyampaikan sumbangan berbentuk tunai kepada mangsa kebakaran. Semoga Madihah dan keluarganya tabah menghadapi dugaan.

#Kredit kepada Tuan Haji Khairuddin atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022