SMK Tun Habab Terima Cek Cura RM5000

Pada 23 Mei 2024, Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha telah menerika cek cura daripada wakil SUK Negeri Johor.

Cek cura bernilai RM5000 ini adalah bertujuan untuk menaik taraf bilik guru di sekolah-sekolah negeri Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata langkah berkenaan bagi memastikan 53,130 guru mempunyai tempat yang selesa dan kondusif untuk bertugas mencurahkan ilmu dengan lebih baik.

“Bagi menghargai pengorbanan guru di semua sekolah di negeri Johor, sukacita saya umumkan satu bantuan khas untuk bilik guru di seluruh negeri ini.

 

“Setiap bilik guru tidak kira sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, sekolah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan akan mendapat bantuan khas RM5,000 untuk mereka mengimarahkan dan memberi keselesaan kepada semua,” katanya.

Petikan daripada artikel Berita Harian tahun 2022.

Copyright Themes © 2022