Program Perkhemahan Southern Volunteers 2024

Program Perkhemahan Southern Voluteers 2024 telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mei 2024 di Tapak Perkhemahan KRAMSAU Desaru. Seramai 6 orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan telah dipilih mewakil SMK Tun Habab untuk menyertai perkhemahan itu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama 3 hari. Program ini dianjurkan oleh badan sukarelawan yang ditubuhkan khusus untuk anak jati negeri Johor. Para pelatih diberi pendedahan berkenaan kaedah pemadaman kebakaran dan cara menggunakan alat pemadam api yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba Malaysia Negeri Johor. Para pelatih juga diberi tunjuk ajar secara praktikal bagaimana memadamkan api menggunakan alat pemadam api yang sedia ada.
 
Peserta kemudiannya menjalani slot “Tanggungjawab Belia Sebagai Agen Hebahan Sukarelawan” yang telah disampaikan oleh saudara Mohamad Nazran bin Mohd Norazam, yang berkongsi ilmu dan tips tentang bagaimana dengan menggunakan media sosial sebagai medium untuk menghebahkan maklumat dan informasi berkenaan sukarelawan secara amnya dan Southern Volunteers secara khususnya.
 
Sebelum pulang ke destinasi masing-masing, para peserta didedahkan kepada fungsi dan peranan Bahagian Penganjuran Sukan, Belia dan Sukarelawan serta Southern Volunteers oleh Cik Siti Zubaidah binti Samat, Penyelaras Southern Volunteers Daerah Muar. Beliau juga turut berkongsi ilmu dan pengalaman beliau selama beliau terbabit di dalam bidang sukarelawan dari usia yang muda hingga sekarang.
Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan perkhemahan Southen Volunteers untuk edisi kali ini.
 
Petikan dari :
 

Copyright Themes © 2022