Program COMBI Banteras Aedes

Program Sekolah (3K)  bersama COMBI Daerah dan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi telah berlangsung pada 23 Mei 2024 di sekitar kawasan SMK Tun Habab. Semua guru dan pelajar tingkatan 4 turut terlibat dalam program di bawah anjuran COMBI dan Unit Hal Ehwal Murid. Turut hadir pada program ini ialah YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek.

COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact. Program yang diasaskan oleh World Health Organization (WHO) dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

COMBI Banteras Aedes bertujuan untuk menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti, mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti dan mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma sosial dalam komuniti.

Copyright Themes © 2022