Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat

Pada 15 Mei yang lalu, majlis ringkas Bacaan Yaasin dan Doa Selamat telah diadakan di Dewan Pusat Tingkatan 6 (PTE). Program melibatkan semua guru dan pelajar semester 2 STPM 2024 ini dimulakan dengan bacaan Yaasin oleh saudara Adam Haris dan diikuti dengan doa selamat oleh saudara Abu Dzar. Pengerusi majlis, Cikgu Suhana menjemput yang bakal menunaikan haji, Cikgu Husna binti Abd. Hadi untuk memberi sedikit ucapan ringkas. Semoga beliau dan suaminya dipermudahkan Allah segala urusan semasa menunaikan haji nanti.

Majlis diakhiri dengan  bersalaman dengan Cikgu Husna. Doakan kami juga agar panjuang umur dan dapat menunaikan fardu haji pada suatu masa nanti dalam keadaan sihat.

Insya Allah.

Copyright Themes © 2022