Sentuhan Kasih : Dialog Prestasi STPM 2024

Pada 13 Mei 2024, Unit Kurikulum Tingkatan 6 telah melaksanakan program Sentuhan Kasih : Dialog Prestasi STPM 2024 di Dewan Pusat Tingkatan 6. Program ini melibatkan semua guru dan pelajar STPM 2024. Dialog Prestasi 2024 dimulakan dengan bacaan doa dan laporan audit akademik Semester 1 STPM 2024 oleh PK Tingkatan 6, Cikgu Husna binti Abd. hadi. Program diteruskan dengan MISI 333 STPM 2024 mengikut kumpulan masing-masing. Semua guru telah diagihkan calon STPM mengikut kategori pelajar berdasarkan keputusan Semester 1 STPM 2024. Program dihentikan seketika supaya pelajar dapat mengambil masa rehat dan diteruskan dengan Informasi Hal Ehwal Murid STPM 2024 dan Program Sentuhan Kasih Bingkisan Sayang oleh Cikgu Siti Khadijah binti Omar. 

Copyright Themes © 2022