Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 16 Mei 2024. Majlis dimulakan dengan perarakan guru-guru ke dewan dengan diketuai oleh pengetua, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Bertemakan tradisional, hulubalang-hulubalang ini mengiringi rombongan guru dengan sorakan meriah oleh semua pelajar.

Nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor berkumandang di dewan dan diikuti dengan bacaan doa oleh wakil pelajar. Ucapan alu-aluan oleh pemimpin pelajar, diikuti dengan ucapan sempena Hari Guru dari pengarah Kementarian Pendidikan Malaysia oleh Cikgu Norizan binti Mohamad. Ucapan sempena Hari Guru peringkat sekolah oleh Tuan Haji Mustapha. YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadeh turut sama hadir meraikan sambutan hari guru  dan jawatankuasanya. Seterusnya penyampaian sijil kepada penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 yang terdiri daripada Cikgu Tang Sin Kie, Cikgu Normala binti Jeinaen, Cikgu Norhafizah binti Ismail, Cikgu Mawar Asmah Husna binti Jasimin, Cikgu Junainah binti Md. Amin, Cikgu Siti Aisyah binti Ismail, Cikgu Fazliah binti Yusoff, Cikgu Noorazila binti Mat isa  dan Cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad. Tahniah juga kepada Cikgu Nurashikin binti Ishak kerana telah berjaya dinobatkan sebagai salah seorang daripada 5 calon Ikon Guru Kesenian dan Kebudayaan di peringkat kebangsaan.

Bacaan Ikrar dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia mengakhiri persembahan rasmi sambutan Hari Guru 2024, Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani.

#Kredit kepada Cik Nur Ira Syakila atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022