Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan Cikgu Rozani bin Sohar telah diadakan pada 25 April 2024 di Dewan seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mhod Shukri dan ucapan wakil pelajar iaitu Adam Haris bin Mohd Masni. Acara diselangselikan dengan persembahan nyanyian daripada pelajar. Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha turut menyampaikan ucapan penghargaan atas jasa Cikgu Rozani yang berada di SMK Tun Habab selama 32 tahun bermula pada tahun 1992. 

Seterusnya ucapan daripada seorang guru yang bakal bersara, Cikgu Rozani bin Sohar dan p[enyampaian cenderamata menutupi acara majlis. Sterusnya Cikgu Rozani dihantar pulang menggunakan bas baharu SMK Tun Habab.

Copyright Themes © 2022