Program Bubur Lambuk

Sempena Ramadhan 1445H kali ini, Makdis SMK Tun Habab telah mengadakan program masak bubur lambuk dengan kerjasama denganAJK Masjid Al Muttaqin pada 1 April 2024. Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin turut bersama-sama menyediakan bubur lambuk. Turut hadir pada program berkenaan adalah YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek.

Beberapa orang guru terlibat dengan program menyediakan bubur lambuk. Bubur lambuk diedarkan kepada semua guru, AKP dan pelajar SMK Tun Habab bagi sesi pagi dan petang.

#Kredit kepada Cikgu Ulul dan Tuan Haji Khairuddin atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022