Semarak Ramadhan di Masjid Al Muttaqin

Program Semarak Ramadan diteruskan dengan komuniti sekitar Taman Kota Jaya pada 27 Mac 2024 bersamaan 16 Ramadhan 1445H. Lokasi diadakan di Masjid Al Muttaqin dengan program Solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Rakan guru dan AKP berkumpul di masjid pada jam 8.10 malam dan diikuti dengan sesi penyampaian cenderamata kepada pihak masjid Al Muttaqin dan sesi bergambar. Seterusnya solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Jemaah dijemput untuk menikmati moreh sebelum bersurai.

#Kredit kepada Ustaz Hakimi atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022