SMK Tun Habab Terima Mesin Pemotong Laser

SMK Tun Habab telah menerima mesin pemotong laser (laser cutter machine) pada 21 Mac 2024. Mesin tersebut telah ditempatkan di Technomaker Lab di bawah program Johor Youngster  Coding untuk Sekolah Aspirasi Johor. Aset yang diterima ini akan menambah satu lagi peluang pelajar merasai pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah terutama dalam bidang robotik, inovasi dan pengaturcaraan.

Mesin pemotong laser ini boleh mengukir gambar, lukisan atau tulisan menggunakan akrilik atau kayu. Terlebih dahulu, gambar, lukisan atau tulisan perlu dilakar menggunakan komputer. Kemudian baru dihantar ke mesin untuk di potong mengikut lakaran yang telag disediakan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Copyright Themes © 2022