Program Nanneri Vizha – Bina Insan Bernilai Murni Peringkat Negeri Johor 2024

Pada 16 Mac 2024, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah – Program ‘Nanneri Vizha’-Bina Insan Bernilai Murni Peringkat Negeri Johor 2024 telah berlangsung di SMK Tun Habab. Majlis ini dianjurkan oleh Malaysia Hindu Sangam Johor State Council dengan kerjasama Yayasan Sultanah Rogayah. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan bagi memeriahkan lagi program.

Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha telah dijemput untuk menerima cenderamata sempena Program ‘Nanneri Vizha’ daripada Malaysia Hindu Sangam Johor State Council yang disampaikan oleh Y.Bhg SAC 1 (B) Datuk Sugumaran Raman. Turut hadir pada majlis itu ialah Tuan Haji Ishak bin Ismail, Penolong Pegawai PPD Kota Tinggi.

#Kredit kepada Tuan Haji Khairuddin atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022