Program Bacaan Yaasin dan Tadarus Al Quran

Program minggu pertama bagi sesi persekolahan diteruskan dengan bacaan Yaasin dan Tadarus Al Quran oleh semua pelajar tingkatan 1 hingga 6. Tepat jam 7.20 pagi, semua warga Tun Habab berkumpul di Dewan Seri Tun Habab untuk bacaan Yaasin dan tahlil ringkas. Diikuti dengan Tadarus Al Quran mengikut lokasi masing-masing. Setiap pelajar perlu membaca sekurang-kurangnya satu muka dengan disemak oleh rakan-rakan lain.

Majlis bersurai 8.30 pagi dan pelajar meneruskan aktiviti masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.

#Kredit kepada Ustazah Nurhidayah dan Tuan Haji Khairuddin atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022