Bengkel Bahasa Melayu Semester 2 STPM 2024

Bengkel Bahasa Melayu Semester 2 STPM 2024 sedang berlangsung di Dewan Tun Sri Lanang, SMk Tun Habab. Bengkel adalah bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan dengan tadbir urus dan pelaksanaan kerja kursus Bahasa Melayu. Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha memberikan ucapan alu-aluan kepada semua guru akademik Bahasa Melayu Tingkatan 6 bagi daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Mersing dan Pasir Gudang.

Jurulatih Utama Bahasa Melayu, Puan Siti Ainon binti Mohd Arif dari SMK Dato’ Bentara Luar menyampaikan penerangan berkaitan dengan kerja kursus Bahasa Melayu pada 13 dan 14 Mac 2024. 

#Kredit kepada Cikgu Rohana atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022