Program Hala Tuju SPM 2024

Program Hala Tuju SPM 2024 telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab.  Program yang berlangsung pada 11 Mac 2024 ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memastikan semua calon SPM 2024 jelas dengan misi dan visi mereka berada di Tingkatan 4 dan 5 mengikut jurusan masing-masing. Mereka perlu pastikan bahawa mereka layak untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam mengikut jurusan yang mereka pilih dan pada masa yang sama memastikan kepujian bagi mata pelajaran yang sesuai dengan jurusan yang mereka pilih. terima kasih kepada Cikgu Siti Khadijah binti Omar yang telah memberikan penerangan yang jelas kepada calon SPM SMK Tun Habab.

#Kredit kepada Cikgu Nur Linan atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022