Jom Kembali Ke Sekolah Sesi Persekolahan 2024

Pelancaran Jom kembali Ke Sekolah telah dirasmikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha semasa perhimpunan rasmi yang pertama bagi sesi persekolahan 2024/2025. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. Seterusnya bacaan ikrar dan doa oleh pemimpin pelajar SMK Tun Habab. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Hairizan bin Tukirin menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada semua pelajar Tingkatan 3 hingga 6. Dikuti dengan Perasmian Jom Kembali Ke Sekolah oleh pengetua dan seterusnya nyanyian lagu Anak Suria menutup perhimpunan rasmi ini. Perhimpunan turut dihadiri YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM), ASP Azri bin Ya’cob yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti  Daerah Kota Tinggi.

Copyright Themes © 2022