Tamat Peperiksaan SPM 2023

 7 Mac 2024 adalah merupakan hari terakhir peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di SMK Tun Habab. Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha mengucapkan tahniah kepada semua guru dan calon SPM 2023. Beliau turut berada bersama-sama dengan calon SPM sehingga tamat waktu peperiksaan bagi mata pelajaran yang terakhir.

Alhamdulillah, peperiksaan SPM berjalan lancar tanpa ada insiden yang tidak diingini. Semoga semua calon SPM berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dan mencatatkan GPS yang terbaik.

Copyright Themes © 2022