Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2024

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 SMK Tun Habab. Pendaftaran Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2024 diadakan pada 9 Mac 2024 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 diadakan di Dewan Seri Tun Habab. Pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah lengkap berkasut sekolah. Buku tulis boleh diambil di koperasi sekolah setelah pembayaran dibuat kepada guru tingkatan. Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan :

  1. Borang Permohonan Bantuan (PB1 dan PB2)
  2. Borang Kebenaran Menerima Rawatan Kesihatan
  3. Slip gaji terkini ibu/bapa/penjaga. Surat akuan tiada slip gaji daripada Ketua Kampung bagi yang tiada slip
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga
  5. Salinan bil air/bil elektrik/astro
  6. Salinan sijil nikah atau surat mahkamah hak penjagaan (jika berkaitan bagi kes perceraian)
  7. Sijil pengangkatan (jika berkaitan)
  8. Senarai semak dokumen dn pembayaran.

Copyright Themes © 2022