Rumah Akmal Danish Terbakar

Pada bulan Februari yang lalu, calon SPM SMK Tun Habab, Muhammad Akmal Danish bin Ab. Nawab telah diuji dengan musibah. Rumah yang didiami oleh keluarga Akmal Danish musnah terbakar di Felda Pasak. Tabung Sumbangan Kilat telah diwar-warkan kepada semua warga SMK Tun Habab. Kutipan sumbangan telah diserahkan kepada keluarga Muhammad Akmal Danish oleh Cikgu Norizan binti Mohamad 9PK Hal Ehwal Murid) yang mewakili pengetua bersama Cikgu Fazliah binti Yusoff, kaunselor SMK Tun Habab.

#Sumbangan gambar oleh Cikgu Fazliah 

Copyright Themes © 2022